Sunday 14 July 2013

Lawatan MTQ Addin 1 Sungai Keli ke Madrasah Al-Qurra Alor Gajah

Pada 29 Jun 2013 Hari Sabtu Maahad Tahfiz Al-Quran Addin Sungai  Keli telah mengadakan lawatan ke Madrasah Al-Quraa' Alor Gajah Melaka. Program tersebut berlangsung pada jam 12.30 tengahari.
Program ini dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dari pelajar MAQ.















Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Madrasah Al-Qurra' Prof. Madya Hj. Musa b. Ahmad. Beliau memberikan penerangan tentang MAQ. Kemudian pengetua MTQ Addin 1 Ustaz Mohd Syahrizal b. Abd Razak  memberikan ucapan berkaitan MTQ Addin 1.
Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan pelajar-pelajar Madrasah Al-Qurra'. Majlis ini berakhir pada jam 2.30 petang.

Ucapan Prof. Hj. Musa b.Ahmad dari MAQ

Alunan ayat suci al-Quran oleh pelajar MAQ
                                  
  
   Ucapan  Ust Syahrizal b. Abd Razak dari MTQ Addin 1
                       
   

No comments:

Post a Comment

Ceramah Nuzul Al-Quran 1434H

26 Julai 2013 - Maahad Tahfiz Al-Quran Addin 1 Sungai Keli telah mengadakan majlis ceramah sempena Nuzul Quran. Ceramah te...