Thursday 21 March 2013

MESYUARAT LANTIKAN JEMAAH PENGURUSAN MTQ ADDIN 1


SELASA 19 Mac  2013 - Mesyuarat  Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin -1   berjalan dengan lancar  di Masjid Kampung Sungai Keli mengikut agenda yang telah ditetapkan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Mohd Syahrizal b. Hj. Abd Razak. Seterusnya Pengetua  MTQ Addin 1 telah menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan 2012.


Berikutnya, pemilihan AJK baru sesi 2013. Jawatan Pengerusi Jemaah MTQ Addin 1 yang baru ialah Tn. Hj.  Munir bin Lebai Din Timbalan pengerusi Tn Hj Abd Razak b. Hj. Mahadi. Setiausaha Mohd Syahrizal bin Abd Razak Bendahari Mohd Syahar bin Mohd Tahir

Barisan AJK 
Pn Naziana Bt Abdul Hamid . 
Tn Hj Ghazali Bin Mansor , 
En. Hishamuddin bin Mahayuddin
En. Shahri bin Dolah
En. Kamaruzzaman bin Sampol
En. Mohamad bin Mohamad


Akhir sekali, selepas agenda hal-hal lain, ucapan penangguhan telah dibuat oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan MTQ Addin 1. Majlis ditangguhkan pada jam 8.40 malam.


Saya dengan ini memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada semua kakitangan  yang terlibat dengan mesyuarat ini . Harapan saya agar AJK sesi baru ini bersama-sama berganding bahu untuk memajukan sekolah ini dan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dunia akhirat.


No comments:

Post a Comment

Ceramah Nuzul Al-Quran 1434H

26 Julai 2013 - Maahad Tahfiz Al-Quran Addin 1 Sungai Keli telah mengadakan majlis ceramah sempena Nuzul Quran. Ceramah te...